Krisis Penyembuhan

Oleh Dr. Stanley Bass, N.D., D.C., Ph.D
Terjemahan: Wan Ibrahim

Anda Mungkin Akan Rasa Lebih Sakit Sebelum Anda Mula Berasa Lebih Sihat… Jalan Menuju Kesihatan Yang Lebih Baik Mungkin Bermula Dengan Krisis Penyembuhan.

Apabila anda menuju ke arah kesihatan yang lebih baik dengan program penyembuhan semulajadi dan pemakanan yang lebih baik, penyembuhan mula berlaku. Sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan badan akan mula membuang sisa-sisa toksin yang telah terkumpul di dalam badan anda sejak bertahun-tahun. Proses penyembuhan biasanya tidak berlaku tanpa sebarang kesan. Semasa fasa awal penyembuhan, ketika badan anda mula membersihkan dalaman (menyahtoksik) dan tenaga vital anda mula membaiki dan membina semula organ-organ dalaman, anda mungkin mengalami sakit kepala, keresahan, gejala seperti selesema dan keletihan. Ia adalah penting untuk anda berehat secukupnya dalam tempoh tersebut.

Gejala-gejala ini akan hilang kerana badan anda mula membiasakan diri dengan tahap kesihatan yang baru. Ketika kesihatan anda terus bertambah baik, anda mungkin mengalami proses yang dipanggil “retracing”.Anda mungkin akan merasa lebih teruk sebelum anda berasa lebih baik. Sebagai contoh, jika anda biasa mendapat ruam kulit, ruam mungkin muncul semula atau menjadi lebih teruk untuk satu tempoh masa kerana badan anda menyingkirkan toksin melalui kulit. Anda mungkin juga akan mengalami peningkatan awal dalam membuang air kecil, atau anda mungkin berasa lebih gementar. Sebenarnya keadaan anda tidak semakin teruk, tetapi semakin baik. Akhirnya anda akan mencapai kemuncak kesihatan yang lebih baik. Semasa krisis penyembuhan adalah penting untuk tidak menyekat gejala-gejala sementara dengan ubat-ubatan, jika disekat proses penyembuhan mungkin terganggu.

Lain-lain Artikel Mengenai Krisis Penyembuhan

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.