Kesan dan Tindakbalas Umum Dalam Proses Penyembuhan

Tindakbalas penyembuhan merupakan proses memperbaiki sel-sel tubuh untuk berfungsi secara normal apabila menjalani terapi penyembuhan semulajadi. Sel-sel tubuh akan mmemiliki kekuatan untuk mengeluarkan toksin dari dalam tubuh secara semulajadi.

Ini adalah antara beberapa tindakbalas penyembuhan yang mungkin terjadi :


TINDAKBALAS PENYEMBUHAN: SEBAB

Badan terasa hangat: Metabolisme meningkat dan menyebabkan suhu badan meningkat sedikit (tetapi tidak berbahaya seperti demam disebabkan infeksi).

Rasa segar pada malam hari: Metabolisme lemak berlebihan dalam badan.

Najis hijau / kehitaman: Pembuangan sisa-sisa toksin pada usus besar.

Air kencing perah / macam darah: Pembuangan batu karang yang telah hancur bagi pengidap batu karang.

Rasa kembung sendawa/buang angin: Proses menormalkan sistem pencernaan.

Rasa sakit pada tempat yang memang sudah sakit: Proses pembuangan toksin pada organ yang berkaitan.

Mengantuk dan keletihan: Proses pembuangan racun dalam tubuh ketika nutrisi memasuki sistem pembuluh darah.

Pening, rasa pitam dan peluh sejuk: Proses pembuangan racun, terutamanya pesakit diabetes dan hypertensi.

Susah buang air besar atau sembelit: Proses menormalkan sistem pembuangan (usus besar).

Keluar jerawat / gatal-gatal pada badan: Proses pembuangan racun dari dalam badan melalui kulit.

Haid tidak teratur (sementara): Proses menormalkan keseimbangan hormon dalam badan.

Selsema, batuk berkahak: Kalau bukan disebabkan oleh infeksi kuman, ia merupakan proses menormalkan sistem pernafasan yang lemah.

Muka sedikit sembab: Proses menormalkan fungsi ginjal.

Mulut kering: Proses metabolisme dalam tubuh meningkat (banyakkan minum air kosong).

Panas dalam: Memperbaiki sistem kekebalan selular pada mukosa mulut akibat kekurangan beberapa jenis zat gizi (banyakkan minum air kosong).

Tiada tindakbalas penyembuhan: Badan sihat, terus jaga kesihatan sistem imun dengan pemakanan tambahan tertentu.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.