Produk Transfer Factor , Transfer factor adalah sejenis molekul yang diperolehi daripada manusia atau haiwan yang telah mempunyai perlindungan atau imuniti terhadap penyakit tertentu. Para penyelidik mendapati bahawa transfer factor tersebut boleh digunakan untuk memindahkan imuniti berkenaan kepada manusia atau haiwan lain yang memerlukannya. Transfer factor boleh diberikan sebagai suntikan atau diambil melalui mulut. Syarikat 4Life Research mempunyai hak paten ke atas teknologi untuk mengekstrak transfer factor daripada kolostrum susu lembu dan kuning telor ayam. Ia merupakan bahan utama dalam produk Transfer Factor 4Life. Transfer factor yang diekstrak tersebut mempunyai banyak maklumat sistem imun yang boleh dipindahkan kepada mereka yang mengambilnya. Ia akan mendidik sistem imun yang naif bagaimana untuk mengenali, bertindak balas dan mengingati potensi ancaman kesihatan. 4Life, Syarikat Sistem Imun, menawarkan rangkaian produk, yang mengandungi transfer factor untuk menyokong tindak balas sistem imun yang kuat dan seimbang. Ia didatangkan dalam bentuk tablet kunyah berperisa krim sitrus dan juga kapsul, tentunya terdapat sesuatu untuk setiap orang yang ingin memperolehi sokongan sistem imun. Continue Reading