Notis 2010

Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) telah dilaksanakan untuk melindungi dan mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam persekitaran komersial. Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis“) menerangkan bagaimana www.4life2u.biz (“4life.Biz” atau “Kami“) menggunakan data peribadi anda.

Data peribadi yang kami kumpul dan proses tentang anda termasuk tanpa had nama anda, nombor telefon, alamat dan alamat e-mel anda dan apa-apa maklumat lain yang anda berikan kepada kami dalam Borang Pesanan Produk atau mana-mana dokumen pendaftaran yang lain (“Data Peribadi“).

Selain daripada Data Peribadi yang dikumpulkan daripada dokumen yang disenaraikan di atas, kami juga boleh mendapatkan Data Peribadi anda daripada mana-mana komunikasi yang anda mungkin ada dengan kami. Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda telah diproses dan akan terus diproses untuk tujuan yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan kami, termasuk, tanpa had, tujuan yang berikut:

  1. Untuk tujuan penghantaran produk atau mana-mana bahan yang dibeli atau diminta daripada kami;
  2. Untuk menghubungi anda bagi tujuan pengesahan;
  3. Untuk mengemaskini atau memaklumkan kepada anda tentang promosi kami;
  4. Untuk memasarkan, mempromosi atau menyalurkan kepada anda apa-apa maklumat yang berkaitan dengan perniagaan atau perkhidmatan kami;
  5. Untuk berkomunikasi dengan anda untuk mana-mana tujuan yang disenaraikan dalam Notis ini;
  6. Untuk menjalankan tinjauan pasaran;
  7. Untuk kami mematuhi tanggungjawab kami di bawah undang-undang.

Kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada sesiapa kecuali jika dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau dengan niat yang baik, jika tindakan sedemikian adalah perlu untuk mematuhi kehendak mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang.

Penyediaan Data Peribadi anda adalah secara sukarela, namun tanpa Data Peribadi anda, kami tidak akan dapat menyediakan anda produk atau perkhidmatan yang anda beli atau minta daripada kami.

Anda boleh meminta satu salinan Data Peribadi yang kami simpan mengenai anda, membuat pembetulan atau mengemaskini Data Peribadi anda, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghubungi kami melalui alamat emel di bawah;

Jika anda tidak menghubungi kami dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh menerima e-mel pertama kami yang memberitahu tentang Notis ini, kami akan menganggap bahawa anda telah bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi anda seperti diterangkan dalam Notis ini. Jika anda tidak bersetuju, sila hubungi kami menggunakan maklumat yang diberikan di atas.

Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma Notis ini pada sebarang masa dengan memaklumkan kepada anda mengenai apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pemindaan. Dengan terus berkomunikasi dengan kami atau terus menggunakan perkhidmatan kami berikutan dengan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pemindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pemindaan.

Terima kasih atas sokongan anda.

Ikhlas

Wan Ibrahim
Pemilik 4Life2u.Biz